Aku bukan seorang doctor, apa lagi ahli pakar kesihatan,
dukun pun aku bukan. Aku sekedar berbicara melalui pengalaman aku sendiri
didalam mengharungi beberapa penyakit yang pernah aku alami sejak dulu lagi
hingga sekarang. Dan Alhamdulillah, aku masih mampu bertahan, hingga kini aku
terus mengamalkannya.
Sewaktu kecil, jatuh tangga, luka terkena pisau, tercucuk
paku dan sebagainya perkara biasa. Kata orang tua-tua, anak-anak kecil sebenarnya
anak malaikat, maka itu selalu kita lihat, kalau terjadi apa-apa kemalangan
kecil kepada anak-anak, pasti ada sesuatu bagaikan menghalang dirinya dari
terkena musibah yang mungkin mengakibatkan lebih berbahaya kepada dirinya. Tapi
ada juga aku mengidap sakit lelah, tapi dapat di sembuhkan dengan cara
tradisional, urut minyak susut atau minyak lelah.
Dalam usia yang sebegini, aku pernah terkena sejenis
penyakit, yang mula nya aku tak tau apakah jenis penyakit itu. Ia bermula
dengan satu rasa gerakan arus eletrik kecil yang sesekali terasa di bahagian
bawah kedua bahu, bahagian belakang. Lepas beberapa minit, pernafasan ku pula
terganggu. Waktu mula-mula menyerang aku, aku panic, lalu ke klinik. Ke klinik
Kita Pandan Indah. Masa ini aku masih lagi di semenanjung. Bekerja dalam
industry filem, buat-buat drama dan sebagainya.
Sampai di klinik, doctor bagi aku nap pernafasan untuk
pesakit asthma. Aku pun sedut. Tetapi semakin aku sedut, semakin terganggu
pernafasan aku, sehingga aku minta terus dibawa ke hospital. Sesampai di
Hospital, lain pulak prediction doctor. Aku diberi obat sakit gastrik. Aku jadi
bingung dan terganggu. Aku pulang, control aku sendiri, minum juga air obat
gastrik yang doctor bagi.
Tak puas dengan itu, aku pergi ke klinik pakar, sebab pada
hari tu, aku diserang semula dengan apa yang aku rasa pada hari pertama. Aku
semakin panic. Pernafasan ku semakin terganggu. Walaubagaimana pun, aku masih
mampu untuk menerangkan apa yang terjadi dengan diri ku. Cuma sampai sekarang
aku tak ingat, apa nama klinik tu, yang juga berada disekitar Pandan Indah.
Aku minta doctor tu buat apa saja perubatan yang terbaik,
aku tak kira berapa bayarannya. Padahal kalau diminta beribu-ribu rasanya
terpaksa undur jugak aku.
Dengan tenang doctor itu menyejukkan aku. En. Ali, Encik
orang Sarawak, anak-anak serta isteri encik semua kat Kuching Sarawak. Kalau
encik panic macam ni, penyakit encik akan bertambah serius, saiap nak jaga
encik? Cuba encik bertenang, banyak-banyak beristifar, baca alfatihah
banyak-banyak, dan berdoa dalam hati minta dihindarkan segala kesakitan yang
encik alamai. Baru dia suruh aku baring dan letak bagai wire merah, biru, hitam
bagai segala, didada, jari dan sebagainya. Entah apa dia buat pun aku tak tahu.
Selepas itu aku diminta buang air kecil air besar untuk
dijadikan bahan kajian beliau. Selepas seminggu baru aku diminta datang
semula ke klinik tersebut. Ada beberapa biji pil penenang juga diberi, untuk
aku makan sekiranya terasa keadaan tersebut.
Selepas seminggu, aku datang semula ke klinik tersebut.
Doktor senyum melihat aku. Katanya tak ada apa-apa. Awak Cuma STRESS. Kerja
berlebih-lebih, mungkin kurang tidur, banyak berfikir. Nak hindarkan penyakit
encik ni, senang je, kalau encik ikut dan amalkan nasihat dan saranan saya ini,
in sya allah, pasti akan berkurangan dan hilang perlahan-lahan penyakit encik
ni. Bukan setakat penyakit ni. Apa-apa juga yang dinamakan PENYAKIT. Sebab
kekadang, PENYAKIT itu datang dari kita sendiri, kerana kita yang memusatkan
pemikiran kita kepada arah SAKIT.
Ini yang kita nak tau….suspenkan?
Senang saja katanya, Ingat, setiap kali kita diserang olih
apa-apa juga yang dinamakan PENYAKIT, kalau bolih, sebolih-bolihnya…tenangkan
diri. Rilek….tarik nafas, hulurkan perlahan. Diwaktu yang sama, berwirit, berdikir,
beristifar dan berdoa memohon kepadaNya untuk meredakan apa yang kita alami.
Hal-hal negative jangan sekali cuba difikirkan. Ingat Allah
SWT. Ajal maut itu semua ketentuanNya. Walaupun dalam keadaan yang sedemikian,
kalau memang belum ketentuannya kita dipanggil pada waktu itu, in sya allah,
kita pasti akan reda nantinya. Mungkin juga itu ujian dariNya. Anggap begitu
katanya. Kena banyak berfikiran POSITIF. Kalau nak mati, yang sehat walafiat
pun bolih tumbang bila sudah dipanggilnya pulang.
Dan jangan ada rasa takut, untuk berfikir, sekiranya itu lah
kesakitan yang bolih mengundang panggilan dariNya, seharusnya kita tenangkan
diri kita, dan bersiap sedia menerimanya dengan qada qadar dariNya.
Jadi sejak dari hari itu, hingga ke hari ini, mungkin dah
hampir belasan tahun juga rasanya, aku terus mengamalkan ajaran dan nasihat
doctor tersebut, hidup dengan berbekalkan rasa dan sikap POSITIF dalam diriku,
penyakit tersebut terus hilang dari ku. Kalau ada pun rasanya, mungkin kerana
pendekatan hidup ku tidak seperti dulu, ianya bagaikan tidak memberi tekanan
kepada aku.
Alhamdulillah, ada juga beberapa waktu dan ketika aku
keletihan bekerja, kurang tidur, bila check doctor, darah naik mendadak, tetapi
dengan pendekatan tersebut, aku tenang menghadapinya, dan keadaan reda dan
stabil dalam jangka waktu yang cepat.
Kuatkan semangat, kuatkan jati diri, yakinkan diri,
bertawakal, berusaha dan berdoa kepadaNya, in sya allah, akan ada bantuan
dariNya.