20 JANUARI
2015, LANGKAH KU BERGERAK LAGI. Moga gerak ku kali ini akan terus menerus, mencari
apa yang terbaik yang dapat ku gali dan cari dari pengalaman, untuk ku kongsikan
bersama rakan teman di sini.
Aku ALI MOHAMAD. Usia 57 tahun 2015. Walaupun
sudah berusia, tetapi bukan satu alasan untuk tidak bersama rakan teman di
sini. Kerana selagi diri ini bernama manusia, selagi itu rasanya aku memerlukan
rakan teman, sebagai panduan dalam perkongsian, bagi mencerminkan diri sendiri.
Harapan aku agar ada rakan teman yang sudi berkongsi sesuatu untuk kebaikan
bersama, dan bolih dimanafaatkan kepada rakan teman lainnya.
Sebelum ini,
blog ku ini agak jarang diberi perhatian, kerana kesibukan masa dan waktu amat
menceburui, sampai tidak mengizinkan ruang untuk aku berada di sini.
Untuk salam
perkenalan pada teman-teman, aku pernah menjadi guru sementara pada tahun 1976
hingga 1980.
Dari tahun 1980 aku bertugas sebagai Pembantu Kajian, di Pusat
Penyelidikan Kayu Kayan Sarawak, sehingga tahun 1987.
Dari tahun 1987 hingga
sekarang, aku bekerja sendiri, sebagai ARTIS BEBAS.
Menjadi
pelakun teater, drama radio (s’wak fm), drama tv dan filem, dan bekerja di
belakang tabir sebagai Kordinator, Pengarah Seni, Pengurus Produksi dan
sebagainya, dalam Industri Filem Malaysia.
Menjadi
Pengacara (deejay) dalam majlis-majlis kenamaan, kebudayaan dan kesenian Negeri
Sarawak.
Menjadi
Jurulatih Seni Budaya Negara Negeri Sarawak (Teater).
Menjadi
Fasilitator Program Jati Diri bersama Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam
Negeri Sarawak.
Menjadi
Fasilitator Program Sastera dan Budaya di Kem-kem PLKN negeri Sarawak.
Menyanyi,
Melukis dan Fotografi.
Biarlah
catitan ini menjadi langkah terus menerus di sini, bagi mencari perkongsian
bersama rakan teman yang sealiran, bagi menambah kekurangan diri, sementara
menunggu dipanggil pulang.
Untuk
mengenali ku lebih dekat, buka google, taip: alitvfilm-ali mohamad.
No comments:
Post a Comment