Sunday, February 22, 2015

TERONG ASAM ATAU TERONG DAYAK

TERONG ASAM ATAU TERONG DAYAK



Sepanjang kat semenanjung, ulang alik dari tahun 1987 hingga sekarang, masih belum juga terjumpa buah ini dijual di pasar. Dan pernah jugak bawa bijinya ke johor, cuba-cuba suruh keluarga kat johor tanam, tak menjadi. Kenapa ye…? Kekdang terfikir juga, tak ada ke inisiatif pihak Jabatan Pertanian memikirkan untuk hal-hal tersebut. He he he…aku pulak yang melebih lebih.



Terong asam atau terong dayak ni bolih dibuat beberapa menu masakan. Antaranya, masak gulai biasa, ada yang campur ikan kering atau basah di dalamnya, ikan gembung, ikan lumek (sejenis ikan lembut, bertulang halus), udang, ikut selera masing-masing . Ada juga yang campur dengan masakan asam pedas. Ada pula yang buat sambal. Dan kalau dibuat sambal, ada dua cara sambal yang aku tau. Sebab dua-dua nya yang kebetulannya aku minat.


1.       Dengan cara membakar dulu buah asam ni. Apa bila kulitnya sudah terbakar sepenuhnya, isinya akan dipotong halus-halus atau dicincang-cincang, kemudian gaul dengan sambal belacan. Sambal belacan yang telah sedia awal ditumbuk dengan dengan campuran belacan, cili, ikan bilis dengan garam secukup rasa.

2.       Dan yang sejenis lagi sambal terong asam atau terong dayak ini, ialah dengan memotong buah asam ini kecil-kecil berbentuk kiub. Selepas itu direbus sehingga masak. Kemudian asam yang sudah masak tadi, akan digaul dengan sambal belacan goreng yang ramuan sambalnya lebih kurang macam sambal belacan yang awal tadi, cuma ditambah bawang merah dan sedikit serai sebagai ramuan tambahan. Digaul hingga sebati dan dimasukkan sedikit gula ala kadar, memberikan sedikit rasa manisnya.


Wah…masing-masing telan air liur. Kat Sarawak pun ikut musim juga nak dapat Terong Asam atau Terong Dayak ini.

Monday, February 9, 2015

JALAN2, LIHAT, TANGKAP GAMBAR, CATIT NOTA, TULIS HANTAR (POST).


Sebetulnya aku masih lagi terpinga-pinga, mencari-cari, apa bahan yang harus aku tulis, bagi mengisi ruang-ruang kosong pada blog-blogku. Almaklumlah, kita ni sekolah tak tinggi, dah tu jenis sekolah orang dulu-dulu pulak tu. Mana nak kenal computer, mana nak kenal internet zaman tu. Alhamdulillah jugak, dalam usia yang tinggal semput-semput nafas katak, aku masih lagi diberi peluang untuk mengenali dan mengikuti sama dunia ini.


Setelah menyusuri blogs-blogs rakan teman kita yang sememangnya hebat-hebat dengan berbagai blog yang beraneka, aku pun cuba-cuba mencuri-curi ilmu, dengan melihat, mengkaji, menilai dan membuat timbang tara setiap blog yang aku baca, dan akhirnya, aku harus mengambil keputusan ini. Aku tak perlu lagi nak pecah kepala memikirkan soal-soal mencari titik-titik permulaan, titik kejadian dan sebagainya. Yang penting aku terus berjalan, melihat, ambil gambar, catit nota, bukak internet, bukak blog, tulis dan hantar.


Cari gambar yang bersesuaian, uploadkan dicelah celah catitan, tokok tambah sikit cerita-ceritanya, bagi menghiasi intipati kandongan, jadilah.


In sya Allah, moga aku terus diberi kesihatan tubuh badan, dipanjangkan usia, diberi kemampuan, akan cuba ku isi sebaik mungkin blog ini dengan hal-hal yang dapat dikongsikan bersama. Demikian juga kepada rakan teman pembaca, mohon diberi teguran diri ku, sekiranya ada kekurangan, kelemahan atau apa juga yang bolih membantu diri ku, didalam mengisi intipati blog ini.