TERONG ASAM ATAU TERONG DAYAK
Sepanjang kat semenanjung, ulang alik dari tahun 1987 hingga
sekarang, masih belum juga terjumpa buah ini dijual di pasar. Dan pernah jugak
bawa bijinya ke johor, cuba-cuba suruh keluarga kat johor tanam, tak menjadi.
Kenapa ye…? Kekdang terfikir juga, tak ada ke inisiatif pihak Jabatan Pertanian
memikirkan untuk hal-hal tersebut. He he he…aku pulak yang melebih lebih.
Terong asam atau terong dayak ni bolih dibuat beberapa menu
masakan. Antaranya, masak gulai biasa, ada yang campur ikan kering atau basah
di dalamnya, ikan gembung, ikan lumek (sejenis ikan lembut, bertulang halus),
udang, ikut selera masing-masing . Ada juga yang campur dengan masakan asam
pedas. Ada pula yang buat sambal. Dan kalau dibuat sambal, ada dua cara sambal
yang aku tau. Sebab dua-dua nya yang kebetulannya aku minat.
1.
Dengan cara membakar dulu buah asam ni. Apa bila
kulitnya sudah terbakar sepenuhnya, isinya akan dipotong halus-halus atau
dicincang-cincang, kemudian gaul dengan sambal belacan. Sambal belacan yang
telah sedia awal ditumbuk dengan dengan campuran belacan, cili, ikan bilis
dengan garam secukup rasa.
2.
Dan yang sejenis lagi sambal terong asam atau
terong dayak ini, ialah dengan memotong buah asam ini kecil-kecil berbentuk
kiub. Selepas itu direbus sehingga masak. Kemudian asam yang sudah masak tadi,
akan digaul dengan sambal belacan goreng yang ramuan sambalnya lebih kurang
macam sambal belacan yang awal tadi, cuma ditambah bawang merah dan sedikit
serai sebagai ramuan tambahan. Digaul hingga sebati dan dimasukkan sedikit gula
ala kadar, memberikan sedikit rasa manisnya.
Wah…masing-masing telan air liur. Kat Sarawak pun ikut musim
juga nak dapat Terong Asam atau Terong Dayak ini.
salam tuan,
ReplyDeletemohon kebenaran menggunakan gambar terung asam.
kredit blog diberikan.