Sebetulnya aku masih lagi terpinga-pinga, mencari-cari, apa
bahan yang harus aku tulis, bagi mengisi ruang-ruang kosong pada blog-blogku.
Almaklumlah, kita ni sekolah tak tinggi, dah tu jenis sekolah orang dulu-dulu
pulak tu. Mana nak kenal computer, mana nak kenal internet zaman tu.
Alhamdulillah jugak, dalam usia yang tinggal semput-semput nafas katak, aku
masih lagi diberi peluang untuk mengenali dan mengikuti sama dunia ini.
Setelah menyusuri blogs-blogs rakan teman kita yang
sememangnya hebat-hebat dengan berbagai blog yang beraneka, aku pun cuba-cuba
mencuri-curi ilmu, dengan melihat, mengkaji, menilai dan membuat timbang tara
setiap blog yang aku baca, dan akhirnya, aku harus mengambil keputusan ini. Aku
tak perlu lagi nak pecah kepala memikirkan soal-soal mencari titik-titik permulaan,
titik kejadian dan sebagainya. Yang penting aku terus berjalan, melihat, ambil
gambar, catit nota, bukak internet, bukak blog, tulis dan hantar.
Cari gambar yang bersesuaian, uploadkan dicelah celah
catitan, tokok tambah sikit cerita-ceritanya, bagi menghiasi intipati kandongan, jadilah.
In sya Allah, moga aku terus diberi kesihatan tubuh badan,
dipanjangkan usia, diberi kemampuan, akan cuba ku isi sebaik mungkin blog ini
dengan hal-hal yang dapat dikongsikan bersama. Demikian juga kepada rakan teman
pembaca, mohon diberi teguran diri ku, sekiranya ada kekurangan, kelemahan atau
apa juga yang bolih membantu diri ku, didalam mengisi intipati blog ini.
No comments:
Post a Comment